Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Brunei yang berkat dan penuh Rahmat Allah.
Cuaca yang agak panas di luar, pemandangan yang indah dapat dilihat melalui tpt tinggi ini. Jauh di sudut sana, awan mula berkumpul. Mungkin hujan akan turun di kawasan Gadong dan selepasnya. Sdh beberapa kali hati tergerak untuk menulis mengenai tajuk ini. Dan mungkin, di musim ini, masa untuk berkongsi sudah mengizinkan diri.
Sebetulnya aku berada di bidang ini. Bidang ilmu Hadith. Mungkin seharusnya aku bekerja di bidang ini. Tapi mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Kezaliman pasti berlaku selagi kita berada di dunia ini. Hasad dengki membuatku menjauh pergi. Biarlah... Mengalah bukan bermakna kalah. Semoga Allah menggantikan yang terbaik buatku. Dan jika datang kali itu, semoga aku dikelilingi orang-orang yang baik saja. ( Amin ya Rabb)
Berkongsi serba sedikit (Seriously separuh daripada ringkas kerana aku suka jika ornag mencari, mengkaji, membaca sendiri) mengenai tajuk di atas 'Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah' ianya adalah tajuk buku oleh Ulama terkenal Dr. Yusuf Al-Qaradawi iaitu di dalam b.Arab كيف نتعامل مع السنة النبوية
Secara ringkas, buku ini menerangkan tentang prinsip-prinsip asas untuk berinteraksi dengan Al-Sunnah bg menghindarkan dan memelihara diri dari mengambil Hadith2 dari golongan-golongan yang menokok tambah dan menyeleweng, yang berdusta dan melampaui batas dalam Hadith.
Antara prinsip-prinsip asasnya adalah:
1- "Bahawa ia mencari kebenaran kesabitan al-sunnah dan kesahihannya berdasarkan pertimbangan-pertimbangan ilmiah yang mendalam yang ditentukan oleh imam dalam bidang ini, yang merangkumi sanad dan matan samada sunnah perkataan, perbuatan atau pengakuan" (Al-Qaradawi, 1994)
Hendaklah bagi seorang pengkaji itu mengkaji dengan sebenar-benar kajian dengan merujuk kepada ahli atau pakar dalam bidang Al-Sunnah ini iaitu orang-orang yang berpengalaman dan sudah lama bergiat dalam bidang Al-Sunnah. Ini kerana, mencari kebenaran dan kesahihan sesebuah Hadith itu amatlah utama bagi memelihara diri dari beramal atau mengambil Hadith2 yang dipalsukan, lemah dan sebagainya. Oleh itu, disiplin ilmu dalam memelihara dan mengambil hadith yang sahih amatlah ketat disiplinnya dan bukan sewenang2nya. Imam-imam mu'tabar amat strict dan bertegas dalam kaedah2 memelihara sanad dan matan. (Insya Allah akan dikongsi bukunya).
2- ' Hendaklah ia mengelokkan pemahaman terhadap Nas al-Nabawi (al-Sunnah), mendalami selok belok bahasa, aspek perbicaraan Hadith, sebab-sebab sampainya Hadith, memahami Hadith dibawah naungan Al-Quran dan kandungan-kandungan prinsip umum, objektif-objektif yang menyeluruh dalm Islam, serta pentingnya membezakan antara yang didatangkan kepada Rasulullah s.a.w yang berbentuk penyampaian Risalah dengan yang sebaliknya (bukan Risalah). Dengan kata-kata lain, Sunnah yang berbentuk tasyri' dan Sunnah yang bukan tasyri', Sunnah tasyri' yang bersifat umum dan berterusan (sepanjang zaman) dengan yang bersifat khusus lagi tertentu untuk sesuatu masa sahaja hendaklah dibezakan. Sesungguhnya sebahagian daripada pemahaman yang salah terhadap al-Sunnah ialah percampuran di antara dua aspek yang tersebut di atas' (Al-Qaradawi, 1994)
Ok, prinsip kedua ini juga penting, menerangkan tentang disiplin mendalami dan memahami bahagian-bahagian perbicaraan Hadith smada berbentuk tasyri' atau bukan, ketetapan zaman yang umum dan khusus, mengetahui sebab-sebab wurud hadith dan sebagainya.
3- 'Mempastikan kedudukan Nas-Nas Hadith yang bertentangan dengan Nas yang lebih kuat daripadanya, sama ada dengan Nas Al-Quran atau Hadith-Hadith lain. Caranya ialah dengan mengemukakan sebanyak mungkin dalil Al-Sunnah atau mensabitkan yang ia lebih sahih atau lebih menepati al-usul dan lebih sesuai dengan hikmah (tujuan) tasyri', atau lebih menepati objektif syari'at yang umum dan menyeluruh yang ada sifat qat'i (pasti/putus) kerana ia tidak mengambilnya daripada satu atau dua Nas bahkan mengambilnya daripada Nas yang banyak dan terdapat hukum-hukum dengan terhimpunnya Nas-Nas di antara satu dengan yang lain, sebagai Nas yang diyakini lagi dipastikan kesabitannya' (Al-Qaradawi, 1994)
Prinsip-prinsip asas yang diterangkan di atas hanyalah salah satu part dalam bab 1 di dalam buku ini. Jika hendak diterangkan semua disini mungkin mengambil masa yang panjang atau ditakuti berlaku salah faham dalam bahasa dan sebagainya. Tajuk2 lain dalam buku ini juga seperti, Menolak Hadith-Hadith Sahih Sama Seperti Menerima Hadith-Hadith Mawdu' (Antara Risiko Terburu-buru Menolak Sesebuah hadith sahih), Al-Sunnah Al-Nabawiyah Sumber untuk Faqih dan Da'i, Penyelarasan atau Tarjih Di antara Hadith-Hadith Yang Bercanggah dan sangat banyak lagi.
Bagi yang baru hendak berkecimpung dalam bidang ini, dinasihati mempelajari disiplin2 ilmu Hadith, memahami istilah2 Hadith, kaedah, bahasa , mempelajari sirah, memahami manhaj2 atau methods dalam hadith dan sebagainya.
Untuk itu, buat kali ini, Allah lebih Mengetahui Dengan sebenar2nya. Semoga Allah mengampuniku jika terdapat kesilapan.
Wassalam.
- Jangan Marah bagimu Syurga =)
Apr 2, 2013
Feb 15, 2013
Siri Santai Buku
Contents
Introduction
CHAPTER 1 Tafakkur
from an Islamic Perspective
CHAPTER 2 Thinking
Styles in the Quran
CHAPTER 3 Al-Ijtihad and Its Role in Initiating
Creativity
CHAPTER 4 Muslims
Contributions to Human Knowledge
CHAPTER 5 Western Perspective on Creativity
CHAPTER 6 Language, Perception and Thinking
CHAPTER 7 Argumentation
CHAPTER 8 Fallacies
Conclusion
References
Index
Buku yang harus ku habiskan membaca. Minat kepada sesuatu
yang berlandaskan ‘Islamic Perspective’.
Sebenarnya buku ini adalah syllabus
waktu zaman Univ tapi tidak sempat habis dihujah oleh pensyarah.
Hanya separuh.
Insya Allah akan dikongsikan banyak lagi buku-buku yang bermanfaat.
Akibat
kegilaan kecintaan pada buku. Bibliophile? Hehe..
Brunei Darussalam dan Cinta
Menaikkan dan mengibar bendera menandakan kesetiaan kepada Negara.
Sebagai warga, taat setia
hendaklah ditunjukkan dan dihayati tidak kiralah pegawai
kerajaan ataupun bukan.
Peranan surirumah dalam melahirkan kesetiaan kepada Negara walaupun
tidak dapat dipamerkan, tetapi tanggungjawab tetap harus dilaksanakan.
Termasuklah memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dan mengingati suami tentang kepentingan mengibarkan bendera di rumah masing-masing sebagai semangat cintakan Negara.
Itulah jasa-jasa besar seorang surirumah yang sebenarnya mempunyai peranan sangat penting kepada Negara.
Surirumah, engkaulah harapan Negara.

Jan 29, 2013
Jadual Kuliah Subuh Bersama Mufti Brunei
Assalamualaikum W.B
Maaf, lambat mempost jadual kuliah subuh bersama mufti kita. Semoga sama-sama mendapat manfaat kepada kita.
Maaf, lambat mempost jadual kuliah subuh bersama mufti kita. Semoga sama-sama mendapat manfaat kepada kita.
Sumber Gambar: Muka Buku
Jan 28, 2013
Tanpa Rahmat Allah, kita bukan siapa-siapa.
Assalamualaikum W.B.
بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap manusia di dunia ini pasti pernah atau akan menerima pelbagai ujian dan dugaan dalam hidup mereka. Besar atau kecilnya dugaan atu tidaklah kita dapat menduganya. Kita sebagai hamba kepada Yang Maha Berkuasa haruslah sentiasa 'beringat-ingat' kerana ujian yang datang bukan sj datang sebagai ujian yang mendukacitakan, tetapi ujian jua boleh datang dalam bentuk mensukacitakan seperti kaya raya, sehat afiat, pangkat yang tinggi, kesempurnaan tubuh badan dan sebagainya.
Bentuk ujian yang mensukacitakan ini sebenarnya amatlah MENAKUTKAN kerana sering saja tidak diSedari oleh kita kerana ianya membuatkan kita merasa diri sudah cukup dan lupa untuk mensyukuri segala anugerah yang Allah berikan. Ia boleh menyebabkan kita lalai dan leka, alfa dengan kemewahan dunia hingga lupa asal usul kita sebagai hamba yang hanya dipinjamkn anugerah dari Pencipta.. Haruslah kita mengingati diri kita yang kerdil ini tentang ujian duniawi yang boleh sj tidak disedari. Bersyukurlah dan tambahlah amal ibadah kita.. Tanpa rahmat Allah, kita bukan siapa-siapa.
Ujian yang mendukacitakan pula amat jelas terasa. Dirundung duka, kesempitan hidup, hutang, masalah pelajaran, masalah keluarga, masalah kerja, masalah kewangan, masalah kawan, itu dan ini, sana dan sini. Kita di Brunei ini, amat jelas masalah kewangan, hutang dan masalah keluarga yang sering dihadapi dalam sesebuah keluarga. Sukar. memang sukar. memang sesuatu yang ingin kita jauhi. Tapi. Bersyukur dan bersabar. Berusaha. Bukan sekali. Malah bersyukur dan bersabar lah berjuta-juta kali.
Sabar
Sabar itu amat besar fadilat dan rahsianya. Banyak ayat suci Al-Quran sering mengingatkan kita agar memilih kesabaran sebagai pilihan utama kita dalam menempuh segala dugaan.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

'Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang Yang sabar'
Surah Al-Baqarah ayat 155
dan firman Allah yang bermaksud:
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"
Surah Al-Baqarah ayat 153
Jan 25, 2013
Bacalah... Senyum Selalu..
assalamualaikum..
I am still planning on what should I post here.
I hope I could share more 'Ilm here ; news, articles, Islam, Al-Quran and Hadits, languages ( Melayu Brunei, English, Arabic, Basic Korea and Japan), pengalaman hidup,bincang2 etc. 'Sehari selembar benang lama-lama jadi kain'. Semasa baru mula kan membuat blog ini, daku berfkr bagaimana hendak mnyumbang kepada agama dan bangsa. apa yang aku ada? Cukupkah ilmu di dada?
Tidak..
Tiada yang pernah cukup ilmunya. walau sebanyak mana buku dibaca, se'batah' mana dia bekerja, pasti ada kekurangan dalam ilmunya. kita harus mngakui itu. Dan aku, bekas pelajar yang menjadi suri rumah tangga ini ingin berkongsi apa yang semampunya aku ada. walaupun sedikit cuma. Ilmu yg dpelajari ingin dikongsi bersama. Untuk keperluanmu. kamu yg dluar sana. Pelajar atau guru, doktor atau biasa, pasti perlukan sesuatu ilmu. Ilmu yang baru, atau.... yg sdh dlupa, atau dtinggalkan lama. :)
- Jangan Marah Bagimu Syurga-

Jan 24, 2013
12 Rabi'ul Awwal 1434H di Brunei
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hari ini yang mulia, 12 Rabi'ul Awwal 1434H, bersamaan dengan 24 Jan 2013. Ianya merupakan antara tarikh Hijrah yang dinanti-nantikan oleh ummat Islam di Negara yang tercinta ini kerana pada setiap 12 Rabi'ul Awwal, kita akan sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Mawlidur Rasul, junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Pelbagai majlis keagaaman diatur pada setiap malam bermula di awal bulan ketiga Hijriah ini.
Alhamdulillah, bersyukur kita atas ni'mat yang diberikan Allah kepada kita sebagai ummat Nabi Muhammad, yang sentiasa berusaha mengamalkan segala ajaran baginda, sentiasa saling ingat mengingati sesama kita. Bersempena dengan hari kelahiran baginda, sama2lah kita memperbanyakkan selawat keatas baginda bukan saja hari ini, bahkan hari2 yg seterusnya jua.
اللهم صل على سيدنا محمدوعلى آله وصحبه وسلم
Hijjaz
Rasulullah
( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Subscribe to:
Posts (Atom)