Jan 24, 2013

12 Rabi'ul Awwal 1434H di Brunei

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Hari ini yang mulia, 12 Rabi'ul Awwal 1434H, bersamaan dengan 24 Jan 2013. Ianya merupakan antara tarikh Hijrah yang dinanti-nantikan oleh ummat Islam di Negara yang tercinta ini kerana pada setiap 12 Rabi'ul Awwal, kita akan sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Mawlidur Rasul, junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Pelbagai majlis keagaaman diatur pada setiap malam bermula di awal bulan ketiga Hijriah ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita atas ni'mat yang diberikan Allah kepada kita sebagai ummat Nabi Muhammad, yang sentiasa berusaha mengamalkan segala ajaran baginda, sentiasa saling ingat mengingati sesama kita. Bersempena dengan hari kelahiran baginda, sama2lah kita memperbanyakkan selawat keatas baginda bukan saja hari ini, bahkan hari2 yg seterusnya jua.

اللهم صل على سيدنا محمدوعلى آله وصحبه وسلم

Hijjaz

Rasulullah 


( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

No comments:

Post a Comment