Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Brunei yang berkat dan penuh Rahmat Allah.
Cuaca yang agak panas di luar, pemandangan yang indah dapat dilihat melalui tpt tinggi ini. Jauh di sudut sana, awan mula berkumpul. Mungkin hujan akan turun di kawasan Gadong dan selepasnya. Sdh beberapa kali hati tergerak untuk menulis mengenai tajuk ini. Dan mungkin, di musim ini, masa untuk berkongsi sudah mengizinkan diri.
Sebetulnya aku berada di bidang ini. Bidang ilmu Hadith. Mungkin seharusnya aku bekerja di bidang ini. Tapi mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Kezaliman pasti berlaku selagi kita berada di dunia ini. Hasad dengki membuatku menjauh pergi. Biarlah... Mengalah bukan bermakna kalah. Semoga Allah menggantikan yang terbaik buatku. Dan jika datang kali itu, semoga aku dikelilingi orang-orang yang baik saja. ( Amin ya Rabb)
Berkongsi serba sedikit (Seriously separuh daripada ringkas kerana aku suka jika ornag mencari, mengkaji, membaca sendiri) mengenai tajuk di atas 'Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah' ianya adalah tajuk buku oleh Ulama terkenal Dr. Yusuf Al-Qaradawi iaitu di dalam b.Arab كيف نتعامل مع السنة النبوية
Secara ringkas, buku ini menerangkan tentang prinsip-prinsip asas untuk berinteraksi dengan Al-Sunnah bg menghindarkan dan memelihara diri dari mengambil Hadith2 dari golongan-golongan yang menokok tambah dan menyeleweng, yang berdusta dan melampaui batas dalam Hadith.
Antara prinsip-prinsip asasnya adalah:
1- "Bahawa ia mencari kebenaran kesabitan al-sunnah dan kesahihannya berdasarkan pertimbangan-pertimbangan ilmiah yang mendalam yang ditentukan oleh imam dalam bidang ini, yang merangkumi sanad dan matan samada sunnah perkataan, perbuatan atau pengakuan" (Al-Qaradawi, 1994)
Hendaklah bagi seorang pengkaji itu mengkaji dengan sebenar-benar kajian dengan merujuk kepada ahli atau pakar dalam bidang Al-Sunnah ini iaitu orang-orang yang berpengalaman dan sudah lama bergiat dalam bidang Al-Sunnah. Ini kerana, mencari kebenaran dan kesahihan sesebuah Hadith itu amatlah utama bagi memelihara diri dari beramal atau mengambil Hadith2 yang dipalsukan, lemah dan sebagainya. Oleh itu, disiplin ilmu dalam memelihara dan mengambil hadith yang sahih amatlah ketat disiplinnya dan bukan sewenang2nya. Imam-imam mu'tabar amat strict dan bertegas dalam kaedah2 memelihara sanad dan matan. (Insya Allah akan dikongsi bukunya).
2- ' Hendaklah ia mengelokkan pemahaman terhadap Nas al-Nabawi (al-Sunnah), mendalami selok belok bahasa, aspek perbicaraan Hadith, sebab-sebab sampainya Hadith, memahami Hadith dibawah naungan Al-Quran dan kandungan-kandungan prinsip umum, objektif-objektif yang menyeluruh dalm Islam, serta pentingnya membezakan antara yang didatangkan kepada Rasulullah s.a.w yang berbentuk penyampaian Risalah dengan yang sebaliknya (bukan Risalah). Dengan kata-kata lain, Sunnah yang berbentuk tasyri' dan Sunnah yang bukan tasyri', Sunnah tasyri' yang bersifat umum dan berterusan (sepanjang zaman) dengan yang bersifat khusus lagi tertentu untuk sesuatu masa sahaja hendaklah dibezakan. Sesungguhnya sebahagian daripada pemahaman yang salah terhadap al-Sunnah ialah percampuran di antara dua aspek yang tersebut di atas' (Al-Qaradawi, 1994)
Ok, prinsip kedua ini juga penting, menerangkan tentang disiplin mendalami dan memahami bahagian-bahagian perbicaraan Hadith smada berbentuk tasyri' atau bukan, ketetapan zaman yang umum dan khusus, mengetahui sebab-sebab wurud hadith dan sebagainya.
3- 'Mempastikan kedudukan Nas-Nas Hadith yang bertentangan dengan Nas yang lebih kuat daripadanya, sama ada dengan Nas Al-Quran atau Hadith-Hadith lain. Caranya ialah dengan mengemukakan sebanyak mungkin dalil Al-Sunnah atau mensabitkan yang ia lebih sahih atau lebih menepati al-usul dan lebih sesuai dengan hikmah (tujuan) tasyri', atau lebih menepati objektif syari'at yang umum dan menyeluruh yang ada sifat qat'i (pasti/putus) kerana ia tidak mengambilnya daripada satu atau dua Nas bahkan mengambilnya daripada Nas yang banyak dan terdapat hukum-hukum dengan terhimpunnya Nas-Nas di antara satu dengan yang lain, sebagai Nas yang diyakini lagi dipastikan kesabitannya' (Al-Qaradawi, 1994)
Prinsip-prinsip asas yang diterangkan di atas hanyalah salah satu part dalam bab 1 di dalam buku ini. Jika hendak diterangkan semua disini mungkin mengambil masa yang panjang atau ditakuti berlaku salah faham dalam bahasa dan sebagainya. Tajuk2 lain dalam buku ini juga seperti, Menolak Hadith-Hadith Sahih Sama Seperti Menerima Hadith-Hadith Mawdu' (Antara Risiko Terburu-buru Menolak Sesebuah hadith sahih), Al-Sunnah Al-Nabawiyah Sumber untuk Faqih dan Da'i, Penyelarasan atau Tarjih Di antara Hadith-Hadith Yang Bercanggah dan sangat banyak lagi.
Bagi yang baru hendak berkecimpung dalam bidang ini, dinasihati mempelajari disiplin2 ilmu Hadith, memahami istilah2 Hadith, kaedah, bahasa , mempelajari sirah, memahami manhaj2 atau methods dalam hadith dan sebagainya.
Untuk itu, buat kali ini, Allah lebih Mengetahui Dengan sebenar2nya. Semoga Allah mengampuniku jika terdapat kesilapan.
Wassalam.
- Jangan Marah bagimu Syurga =)
No comments:
Post a Comment