Assalamualaikum W.B.
بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap manusia di dunia ini pasti pernah atau akan menerima pelbagai ujian dan dugaan dalam hidup mereka. Besar atau kecilnya dugaan atu tidaklah kita dapat menduganya. Kita sebagai hamba kepada Yang Maha Berkuasa haruslah sentiasa 'beringat-ingat' kerana ujian yang datang bukan sj datang sebagai ujian yang mendukacitakan, tetapi ujian jua boleh datang dalam bentuk mensukacitakan seperti kaya raya, sehat afiat, pangkat yang tinggi, kesempurnaan tubuh badan dan sebagainya.
Bentuk ujian yang mensukacitakan ini sebenarnya amatlah MENAKUTKAN kerana sering saja tidak diSedari oleh kita kerana ianya membuatkan kita merasa diri sudah cukup dan lupa untuk mensyukuri segala anugerah yang Allah berikan. Ia boleh menyebabkan kita lalai dan leka, alfa dengan kemewahan dunia hingga lupa asal usul kita sebagai hamba yang hanya dipinjamkn anugerah dari Pencipta.. Haruslah kita mengingati diri kita yang kerdil ini tentang ujian duniawi yang boleh sj tidak disedari. Bersyukurlah dan tambahlah amal ibadah kita.. Tanpa rahmat Allah, kita bukan siapa-siapa.
Ujian yang mendukacitakan pula amat jelas terasa. Dirundung duka, kesempitan hidup, hutang, masalah pelajaran, masalah keluarga, masalah kerja, masalah kewangan, masalah kawan, itu dan ini, sana dan sini. Kita di Brunei ini, amat jelas masalah kewangan, hutang dan masalah keluarga yang sering dihadapi dalam sesebuah keluarga. Sukar. memang sukar. memang sesuatu yang ingin kita jauhi. Tapi. Bersyukur dan bersabar. Berusaha. Bukan sekali. Malah bersyukur dan bersabar lah berjuta-juta kali.
Sabar
Sabar itu amat besar fadilat dan rahsianya. Banyak ayat suci Al-Quran sering mengingatkan kita agar memilih kesabaran sebagai pilihan utama kita dalam menempuh segala dugaan.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
'Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang Yang sabar'
Surah Al-Baqarah ayat 155
dan firman Allah yang bermaksud:
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"
Surah Al-Baqarah ayat 153